POMEN-Logo-3

Bengkel rasa berserabut? Penat cari dokumen yang asyik hilang? Tak produktif setiap kali masuk kerja? Ketahui kenapa bengkel kereta anda rasa terlalu serabut & macam mana anda boleh selesaikannya dengan sistem pengurusan bengkel kereta yang lebih efisien.

Serabut Sampai Dokumen Asyik Hilang

Pengagihan kerja dan pencetakan invois menggunakan kertas merupakan perkara yang penting tetapi boleh menjadi perkara yang menyusahkan dalam jangka masa panjang. Kerana untuk mencari semula kesemua kertas tersebut & menulis turutan kerja, pengesahan maklumat, atau mengemaskini nota memakan banyak masa. Ia boleh membuatkan anda menjadi kusut! Apatah lagi bila anda perlu mencari dan mengumpulkan kembali semua kertas kerja ketika musim pengutipan cukai. Menggelupur!

Bengkel Serabut Sampai Terlepas Pandang

Dalam kesibukan anda berada di bengkel, mudah untuk terlepas pandang masalah kewangan. Kerana penjanaan laporan kewangan tidak berlaku dalam sekelip mata tetapi boleh makan masa beberapa bulan. Perkara ini boleh mengakibatkan jumlah kerugian yang besar. Semuanya akibat terlepas pandang.

Bengkel Serabut Sampai Pekerja Lari

Juru-juru teknik serta mekanik-mekanik menganggap suasana kerja adalah faktor terbesar  yang membuatkan mereka memilih untuk tetap berkerja atau ‘angkat kaki’. Proses-proses yang menggunakan kertas boleh mendatangkan tekanan dan memperlahankan rentak mereka dari segi menyiapkan tugas. Mekanik sering dibebankan dengan penjadualan, pemeriksaan dan banyak lagi.

Proses-proses ini boleh diselesaikan dengan cepat dan mudah jika bukan dengan penggunaan kertas. Bagaimana? Dengan POMEN Smart Workshop-lah!

POMEN Smart Workshop Boleh Kemaskan Sistem Bengkel Kereta Anda

Cuba bayangkan pengurusan dokumen penting bengkel anda boleh dilakukan dalam ruang selesa pejabat anda. Anda boleh lakukannya secara digital dengan POMEN Smart Workshop. Dengan sistem yang baharu sahaja dilancarkan ini, semua turutan kerja, & invois boleh diakses dari mana-mana sahaja anda berada dan bila-bila sahaja anda memerlukannya. 

Nak cuba? Kami ada promosi percubaan percuma! Hanya perlu daftar di bawah.